WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 20 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur (WILTIM) telah mengadakan Majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Wilayah Timur di antara Laksamana Pertama Maritim Dato Haji Mamu bin Said Alee dengan Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar yang disaksikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar di pejabat Maritim Malaysia Wilayah Timur Bandar Indera Mahkota.

Laksamana Pertama Maritim Dato Haji Mamu bin Said Alee mula memasuki APMM pada Oktober 2008 dan mula mengambilalih sebagai Pengarah Maritim Wilayah Timur pada 2 Februari 2015. Beliau akan bersara wajib pada 22 Okt 2017. Beliau sebelum ini adalah bekas pegawai TLDM yang telah berkhidmat selama 28 tahun.

Pengarah Maritim Wilayah Timur yang baharu, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar sebelum ini adalah Pengarah Wilayah Maritim Utara. Beliau telah berkhidmat di dalam dalam APMM sejak November 2005. Beliau telah diberi kepercayaan sebagai Pengarah Maritim Daerah 1 Langkawi pada 1 November 2012 dan kemudian sebagai Pengarah Maritim Wilayah Utara. Beliau merupakan bekas pegawai TLDM yang telah berkhidmat selama 26 tahun.

 

Sumber/Gambar Ihsan: Unit Komunikasi Korporat WILTIM

 

WILTIM 4   WILTIM 2
WILTIM 3    WILTIM 1