WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 13 OKT – Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Menggeledah Advanced Siri 3/2017 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Kuantan. Kursus selama 2 minggu (25 September hingga 13 Oktober 2017) yang dikendalikan oleh jurulatih dari Mobile Training Team (MTT) Maritim Malaysia dan AMSAS ini telah melibatkan seramai 24 orang peserta terdiri daripada 22 peserta Maritim Malaysia dan 2 (dua) peserta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Terdahulu, kesemua 24 peserta telah menghadiri Kursus Menggeledah Intermediate Siri 3/2017 yang berlangsung selama seminggu di sini.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan penekanan khusus kepada peserta berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) Kapal dan Bot Maritim Malaysia dan Perintah Tetap Ketua Pengarah selain memberikan pengetahuan praktikal tahap penggunaan kekerasan semasa melaksanakan penguatkuasaan dan teknik mengawal situasi kritikal.

Pelbagai modul telah dilaksanakan sepanjang kursus ini termasuk latihan praktikal di atas kapal. Kesemua 24 peserta telah berjaya melalui ujian fizikal dan mental yang diberikan dengan positif dan penuh bersemangat.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan sendiri oleh Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS, Yang Berbahagia, Laksamana Pertama Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad.

 

DSC 6873 DSC 6942

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS