WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 19 Oktober – Bertempat di Pejabat Daerah Maritim Kota Kinabalu (DM15) satu Kempen Derma Darah telah diadakan dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth sempena kempen menderma darah berlansung pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj. Aziz berkata seramai 9 orang kakitangan dari Hospital Queen Elizabeth disambut baik oleh warga DM15 yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Donald Gomez bagi menjayakan program derma darah pada kali ini yang julung kalinya diadakan pada tahun ini berdasarkan kejayaan kempen serta bagi menyokong keperluan Tabung Darah, program ini akan dijalankan dua kali setahun.

"Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu mendapat sambutan yang baik daripada warga pejabat, anggota kapal dan bot yang hadir. Program derma darah ini diadakan berikutan makluman daripada pihak Hospital Queen Elizabeth yang kini mengalami kekurangan bekalan darah jenis AB dan A¬- yang kritikal bagi pesakit yang mengalami pendarahan serius memerlukan jenis darah tersebut dengan segera" katanya lagi.

"Tanpa kesedaran orang ramai khususnya warga Maritim Malaysia berkenaan kepentingan menderma darah akan menyebabkan pihak hospital mengalami masalah kekurangan bekalan darah dan cabaran dalam menampung keperluan dan menyelamatkan pesakit yang memerlukannya. Amalan menderma darah bukan sahaja mampu menyelamatkan ramai pesakit malah mempunyai kebaikan terhadap kesihatan para penderma darah" ujarnya lagi.

Pihak Hospital mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga DM15 yang telah menjayakan kempen pada kali ini dan berharap program ini berterusan.

IMG 1123 IMG 1150

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam DM15