WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 17 OKTOBER -  Ketua Pengarah Maritim Malaysia Yang Berbahagia Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar telah menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Wilayah Utara bertempat di Ruang Legar Pejabat Wilayah Utara, Pulau Langkawi, Kedah disini pagi ini.

Majlis Serah Terima Tugas ini diadakan diantara Pengarah Wilayah Maritim Utara Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar yang bertukar keluar ke sebagai Pengarah Wilayah Maritim Timur manakala Pengarah Maritim Daerah 2 Pulau Pinang Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said mengambil alih sebagai Pengarah Wilayah Maritim Utara.

Turut hadir Pengarah-Pengarah Daerah dan Pangkalan Maritim serta 70 pegawai dan anggota termasuk gunasama yang berada di bawah naungan Wilayah Maritim Utara.

 SERAH TUGAS 3  SERAH TUGAS 4
 SERAH TUGAS SERAH TUGAS 2

 

Sumber/Gambar Ihsan : Wilayah Maritim Utara