WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 12 Oktober – Seramai 21 orang pelatih Kursus Asas Bintara Muda Maritim Siri 1/2017 telah mengikuti aktiviti jalan lasak mendaki Bukit Pelindung, di sini, pagi tadi. Aktiviti yang turut melibatkan beberapa orang jurulatih dari Sekolah Latihan Maritim ini telah mula mendaki seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi dengan melalui laluan Bukit Pelindung – Teluk Cempedak.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi melatih panca-indera dan fizikal pelatih dalam suasana yang berbeza selain memberi pengalaman baru kepada mereka untuk menikmati keindahan panorama yang terdapat di negeri Pahang.

Kesemua pelatih diwajibkan membawa haversack dengan bebanan sepanjang pendakian sebagai cabaran untuk menguji tahap kecergasan pelatih setelah hampir 5 bulan menjalani latihan di AMSAS sesuai dengan tujuan aktiviti ini diadakan.

DSC 6546 DSC 6599

 Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS