WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 23 September  - Seramai 146 pelatih yang terdiri daripada 128 lelaki dan 18 wanita menamatkan latihan Laskar Kelas II Maritim Siri 14  di  Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS)  dalam  satu perbarisan istiadat  yang disempurnakan oleh Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia,  di sini hari ini.

Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifili bin Abu Bakar, Ketua Pengarah  Maritim  Malaysia  menjelaskan,  semua  pelatih telah menjalani kursus asas  di AMSAS selama sembilan bulan bermula pada 13  Disember 2016 hingga hari ini.  

“Sepanjang latihan tersebut, pelatih telah diberikan pelbagai ilmu pengetahuan khusus yang tertumpu kepada tugas-tugas penguatkuasaan  di Zon Maritim Malaysia berlandaskan fungsi dan peranan yang termaktub di dalam Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Akta 633).

Latihan itu juga memberi fokus kepada pembangunan fizikal dan mental pelatih dalam membentuk perwatakan yang positif, berdisiplin, berani di samping memupuk semangat kerja berpasukan.  Pendekatan secara rohani turut diterap untuk melahirkan Pegawai Penguat Kuasa yang berintegriti dan kompeten dalam menggalas amanah rakyat dan negara.

Katanya lagi, “selepas  latihan asas  ini, pelatih akan  mengikuti  Latihan Sambil Kerja (LSK) selama empat bulan di kapal-kapal yang berpangkalan di Daerah dan Pangkalan  Maritim Malaysia untuk  mendedahkan mereka  dengan suasana  pekerjaan sebenar supaya mereka mampu melaksanakan tugas kelak.

“Pelatih Penguat Kuasa Maritim ini telah menempuh pelbagai tahap ujian untuk memastikan mereka berupaya mencapai nilai kecemerlangan yang diperlukan oleh Maritim Malaysia. Justeru, pada hari ini, beberapa piala pusingan   dianugerahkan buat pelatih yang telah mempamerkan nilai-nilai positif, semangat juang yang tinggi dan juga kesungguhan sewaktu menjalani latihan”.

ANUGERAH KECEMERLANGAN

       

LK II Maritim Ahmad Hilmi bin Mohd Safaruddin - Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, berdasarkan pencapaian akademik, penglibatan dalam sukan, kebolehan memimpin, berdisplin, bertanggungjawab dan kesungguhan yang dipamerkan sepanjang latihan. Pemenang kategori ini menerima sebuah Piala Pusingan dan membawa pulang Sebilah Pisau Pelaut (Seaman Knife)”.

PENCAPAIAN AMSAS

          Sejak tahun 2007 hingga kini, Maritim Malaysia telah berjaya melatih seramai 602 orang Pelatih Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan 2,231 orang pelatih Pegawai Penguat Kuasa Maritim Lain-Lain Pangkat dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 2,833 orang. Adalah menjadi harapan pucuk pimpinan dengan pengisian perjawatan ini akan dapat mengatasi kekangan sumber manusia terlatih di semua penempatan Maritim Malaysia.

          Selain melatih pegawai-pegawai penguat kuasa baru, AMSAS juga menganjurkan pelbagai kursus di peringkat nasional dan antarabangsa. Salah satu kursus  antarabangsa yang  telah dianjurkan pada awal tahun ini  ialah  kursus  International Advanced Boarding Officer  (IABOC) dengan kerjasama  Japan International  Coorperation Association (JICA) yang telah  melibatkan 18 peserta dari negara Djibouti, Kenya, Oman, Tanzania dan Sychelles. 

IMG 2265 IMG 3127

Sumber: 

Unit Perhubungan Awam AMSAS