WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 5 Oktober – Perhimpunan Bulanan warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 18 Tawau telah diadakan bertempat di pejabat DM18 Tawau, baru- baru ini.

Perhimpunan pada kali ini melibatkan semua unit pejabat, bot dan kapal di bawah naungan Daerah Maritim 18 Tawau yang tidak terlibat dengan penugasan operasi. Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah Pengurusan, DM18 Tawau, Encik Boney Joumil dan semua pegawai- pegawai kanan.

Dalam perhimpunan ini, Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa turut menyampaikan amanat penting kepada semua warga DM18 Tawau agar sentiasa meningkatkan mutu kerja dan mematuhi garis panduan yang sedia ada dalam Agensi serta mengelakkan daripada terlibat dalam gejala pengambilan najis dadah. Selain itu, PMD turut menasihati kepada semua warga agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan melaksanakan aktiviti- aktiviti bersukan.

Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian sijil pekerja cemerlang bagi bulan September 2017, sumbangan dari Kelab Kebajikan kepada pegawai- pegawai yang telah mendapat cahaya mata dan yang baru mendirikan rumah tangga turut disempurnakan oleh PMD.

IMG 7254 IMG 7265

Sumber / Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam DM 18 Tawau