WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 6 Oktober – Perhimpunan Bulanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim Lahad Datu (PM8) dan sesi pengambaran bagi semua warga telah diadakan diperkarangan pejabat Tingkat 1, Jabatan Laut, pagi tadi.

Dalam perhimpunan ini, Pengarah Maritim Pangkalan Lt Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid telah menyampaikan beberapa amanat khususnya untuk warga PM8 agar meningkatkan mutu kerja dan mematuhi peraturan- peraturan yang sedia ada sebagai seorang penguatkuasa Maritim Malaysia serta mengingatkan kepada semua warga PM8 agar tidak melibatkan diri kepada gejala yang tidak baik.

Selain itu, beliau turut menasihati kepada semua warga agar menjaga kesihatan dan sentiasa menglibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang memberi kesihatan pada tubuh badan kerana didapati terdapat segelintir anggota mengalami masalah kesihatan yang amat kritikal sejak kebelakangan ini.

Setelah perhimpunan bulanan selesai, satu majlis sesi bergambar memakai pakaian seragam 4Bravo telah dilaksanakan sambil disaksikan oleh PMP. Sesi bergambar ini diadakan adalah bertujuan untuk pengemaskinian data peribadi dan juga mengenalpasti rupacara berpakaian bagi warga Maritim PM8 mengikut kriteria yang telah ditetapkan di dalam Perintah Am Maritim (PAMAR).

 

IMG 3365 IMG 3367

Sumber/Foto:

Staf Perhubungan Awam PM 8 Lahad Datu