WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TANJUNG GEMOK, 2 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur telah membantu Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) melupuskan abu Al-Quran sebanyak dua tan metrik ke laut kira-kira 23 batu nautika dari jeti APMM Marina tanjung Gemok, Rompin, Pahang.

Kesemua abu Al-Quran tersebut berbentuk bongkah mampat yang diletakkan di dalam 250 beg plastik itu dibawa dengan kapal KM Bagahak dan Bot Penggalang 19.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ustaz Noridzuan Abdul Manan berkata,” kesemua al-Quran dan buku agama yang rosak itu telah dilupuskan akibat banjir besar yang berlaku di Pahang sebelum ini.

Ini merupakan kali pertama Maritim Malaysia Wilayah Timur berkerjasama dengan JAIP dalam melupuskan abu Al-Quran.

1 2

Sumber :

Unit Perhubungan Awam WILTIM