WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU TIOMAN, 30 sept - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) dan LKIM Negeri Pahang telah mengadakan program Kesedaran keselamatan di laut dan bahaya penyalahgunaan dadah di SMK Tekek, Pulau Tioman, Pahang.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi APMM Negeri Pahang, Komander Maritim Mohd Sulhan bin Zainon. Hadir sama pengurus LKIM Rompin, Encik Zulkifli bin Ab Manaf dan Penolong Pegawai AADK Pahang, Puan Rohana bt Ismail.

Antara pengisian program seperti taklimat Kesedaran keselamatan di laut oleh APMM, ceramah penyalahgunaan dadah oleh AADK Pahang dan pameran oleh APMM dan AADK. Program ini telah berjaya menghimpunkan kehadiran lebih kurang seratus (100) orang yang terdiri daripada nelayan Pulau Tioman dan Rompin dan pemandu-pemandu bot rekreasi Pulau Tioman untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan semasa berada di laut. Disamping itu dapat memberi kefahaman tentang bahaya dadah.

1 2

Sumber : Unit Perhubungan Awam WILTIM