WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LABUAN, 3 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 14 (DM14), Labuan telah mengadakan perhimpunan mingguan di perkarangan pejabat DM14 pada 27 September yang lepas.

Dalam ucapan ulung sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah, Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar telah menyampaikan beberapa amanat khususnya untuk warga DM14 agar mematuhi peraturan - peraturan yang sedia ada sebagai pegawai penguatkuasa Maritim Malaysia dan meningkatkan mutu kerja serta menanam sikap tegur menegur antara anggota. Beliau juga mengingatkan kepada semua warga DM14 agar tidak melibatkan diri dengan gejala negatif seperti gejala rasuah, penyalahguaan najis dadah, penyelewengan dan salah guna kuasa.


Selain itu, perhimpunan kali ini turut diisi dengan penyampaian cendera kenangan kepada anggota guna sama yang akan bertukar keluar, En. Anthony Buijin yang akan berpindah ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu dan penyerahan sumbangan khairat kematian kepada Bintara Muda Maritim Rudy Jurman Osman yang kehilangan ayahanda ketika berada di Tanah Suci Mekah yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Daerah.

IMG-20170928-WA0002 2 IMG-20170928-WA0014 1
IMG-20170928-WA0010 IMG-20170928-WA0017 1

 Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam DM14 Labuan