WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KEPONG, 17 September - Kontinjen Maritim Malaysia yang dianggotai hampir 80 orang terdiri daripada warga Maritim Malaysia Ibu Pejabat, Stesen Udara Maritim, Subang dan Daerah Maritim 4, Klang yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Ahmad Fiqri bin Rohani telah merangkul tempat ketiga keseluruhan serta membawa pulang wang tunai RM3,000.00 dan hamper dalam Program Permainan Tradisional Malaysia @ Kepong Tahun 2017 yang diadakan di Taman Metropolitan, Kepong.

Program permainan tradisional ini yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara mempertandingkan 10 permainan tradisional iaitu congkak, sepak raga ratus, galah panjang, tarik tali, batu seremban, dam aji, panjat tiang licin, gusti lengan dan menyumpit itu menyaksikan penyertaan hampir 10 agensi/ jabatan badan beruniform sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Sukan Angkatan Tentera, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menyemarakkan aktiviti kesenian dan kebudayaan di bandar agar terus relevan dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum. Ia juga memberi ruang dan peluang kepada pelancong asing dan masyarakat di Malaysia untuk mengenali dan menghayati kesenian permainan tradisional serta mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan sihat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen Maritim Malaysia!

Program Permainan Tradisional