WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

MERSING10 Sept – Pangkalan Maritim Mersing (PM5) telah mengadakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Api Kecil dan Pertandingan Menembak bertempat di lapang sasar Kem Batu 3 Kluang, Johor.

Program ini merupakan ke dua kalinya diadakan pada tahun ini bagi warga PM5 yang melibatkan seramai 15 pegawai dan pegawai lain-lain pangkat dari semua unit. Pengisian program menembak terdiri daripada sesi taklimat dan latihan praktikal mengenai tatacara dan aspek keselamatan pengendalian senjata api dengan betul.

Senjata yang digunakan semasa latihan praktikal pada kali ini terdiri daripada senjata api jenis Glock 19, CZ P 07 dan M16Latihan menembak ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan lagi kemahiran penggunaan senjata api pada setiap individu serta menambah ilmu pengetahuan dengan pengandalian senjata api dengan betul.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan disiplin dan keyakinan diri sebagai anggota beruniform yang sememangnya menggunakan senjata api dalam rondaan dan operasi yang dijalankan.Latihan dan pertandingan menembak pada kali ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh semua warga PM5 yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. Sijil serta hadiah bagi peserta dan pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Maritim Pangkalan .

 

IMG 2780 IMG 2801
IMG 2826 IMG 2830

 

Sumber:

Staf Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Mersing