WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

JENGKA, 24 OGOS – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan  Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) Wilayah Timur telah bekerjasama melaksanakan satu program latihan bersama di sini, hari ini.

Program yang melibatkan seramai 75 orang pelatih ini merupakan salah satu usaha jalinan kerjasama di antara AMSAS dengan institut-institut latihan awam (ILA) yang terdapat di Wilayah Timur khususnya.

Objektif latihan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelatih asas LK II Maritim Siri 14/2016 berkenaan peranan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam usaha melaksanakan kerja bantuan bencana bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda awam serta bantuan pemulihan mangsa selepas bencana.

Program ini juga bertujuan mendedahkan pelatih kepada latihan-latihan asas pertolongan cemas yang digunakan semasa melaksanakan tugas terutamanya dalam operasi mencari dan menyelamat.

 DSC 3909 DSC 3982 
 DSC 4040  DSC 3930

Sumber :

Pegawai Perhubungan Awam AMSAS