WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 31 Ogos Kontinjen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur (WILTIM) yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Hasbullah bin Omar telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Pahang di padang MPK1, Kuantan.

Kontinjen WILTIM dengan kekuatan seramai 120 orang segak mempamerkan acara berjalan lalu dan lintas hormat daripada helikopter Agusta Westland (AW139) dan kenderaan yang membawa Mobile Surveillance Unit (MSU) atau radar Mudahalih dari SWASLA Lumut di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pengarah Maritim WILTIM, Laksamana Pertama Maritim Dato Haji Mamu bin Said Alee bersama-sama pegawai kanan WILTIM turut hadir.

1 2
 3  4

Sumber:

Unit Perhubungan Awam WILTIM