WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LABUAN, 25 Ogos – Satu majlis ringkas penyerahan feri penumpang LIM PERTAMA yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Daerah Maritim 14, Labuan, Tuan Haji Abdul Manap Ali Omar diadakan di Jeti Preston Shipyard, Labuan pagi tadi.

Feri penumpang LIM PERTAMA telah ditahan atas kesalahan Akta Kastam 1967 kerana menyeludup sejumlah minuman keras pada 17 Disember 2013 lalu dan telah didapati bersalah serta dilucuthak oleh Majistret pada 20 Ogos 2016 yang lalu.

Proses pelupusan dilakukan dengan cara barter trade iaitu menggunakan kaedah tukar barang secara sebut harga dengan harga simpanan berjumlah RM45,000.00. Proses lelongan telah dilakukan pada 10 hingga 14 Julai 2017 yang lepas di Pejabat Daerah Maritim 14, Labuan dan bidaan tertinggi sebanyak RM50,000.00.

 

 LIM PERTAMA 1 LIM PERTAMA 2 

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam DM14 Labuan