WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LUMPUR, 25 OGOS - Ketua Pengarah Maritim Malaysia YBhg Laksamana Maritim Dato' Indera Zulkifili bin Abu Bakar bersama Pengarah Cawangan Operasi ( C3I ) Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan telah membuat kunjungan hormat keatas Panglima Tentera Laut (PTL), YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Baharuddin di Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur disini pagi ini.

Lawatan ini merupakan julung kalinya diadakan oleh YBhg Ketua Pengarah Maritim Malaysia bagi mengeratkan lagi kerjasama dan persahabatan yang telah sedia terjalin antara APMM dan TLDM serta membincangkan isu-isu semasa dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan & keamanan di perairan negara.

WhatsApp Image 2017-08-25 at 11.49.05 - Copy WhatsApp Image 2017-08-25 at 11.49.06 - Copy

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat