WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 22 OGOS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 15,Kota Kinabalu (DM15) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bersempena Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di perkarangan pejabat pagi tadi.

Perhimpunan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan ucapan oleh Pengarah Maritim Daerah, Laksamana Pertama Maritim Adam Bin Hj Aziz. Disamping itu juga, penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah dilaksanakan oleh Pengarah Maritim Daerah bersama oleh Encik Donald Gomez, Timbalan Pengarah Pengurusan Daerah.

PMD mengucapkan tahniah kepada semua penerima sijil APC dan berharap agar prestasi cemerlang yang ditunjukkan diteruskan di masa hadapan.Selain itu juga beliau mengingatkan warga DM15 terus memberikan komitmen dalam merealisasikan misi dan visi Maritim Malaysia.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, PMD telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua ketua Seksyen.Pemasangan bendera juga telah dilaksanakan kepada semua kereta jabatan. Beliau mengingatkan agar semua warga DM15 agar mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

IMG 0889  IMG 20170822 082555

Sumber / Foto :

Staf Perhubungan Awam DM15