WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 17 OGOS - Seramai 5 orang  Pegawai Maritim Malaysia Daerah Tg. Sedili telah menyertai Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Daerah Kota Tinggi yang diadakan di Perhentian Bas dan Teksi Tun Sri Lanang pada hari ini.

Program ini disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta bersempena bulan kemerdekaan yang dirasmikan oleh Dr. Haji Badrul Hisham Bin Kassim, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Majlis dimulai dengan Bacaan Doa dan Ucapan Perasmian oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi seterusnya nyanyian Lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Selesai ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, program diteruskan dengan gimik pelancaran dengan melekatkan bendera di kenderaan awam bagi menyemarakkan lagi semangat menyambut kemerdekaan.

pict1 pict2

 Sumber : Staf Perhubungan Awam DM7