WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI 16 Ogos - Bertempat di ruang legar Ibu Pejabat Wilayah Maritim Utara Langkawi, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2016 bagi pegawai dan anggota Ibu Pejabat Wilayah Maritim Utara dan Daerah Maritim 1 Langkawi (DM 1).

Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Wilayah Utara, YBhg Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar. Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Wilayah, iaitu Kepten Maritim Zulinda binti Hj. Ramly, Timbalan Pengarah Pengurusan Wilayah, Encik Jegan A/L R Subramaniam, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta semua warga Ibu Pejabat WILUTA.

Seramai 14 pegawai serta anggota lain telah menerima APC bagi tahun 2016. Majlis penyampaian ini di mulakan dengan penerima pertama iaitu En Jegan A/L R. Subramaniam, Kepten (M) Vincent A/L Rajamony, Leftenan Madya (M) Azmi bin Ibrahim, Leftenan Madya (M) Samsudin bin Arshad, Puan Che Inson binti Awang, Bintara Muda (M) Mohamad Shukri bin Mohamad Basri, Bintara Muda (M) Hadira bin Che Rahim, Cik Hafidatul Hasni binti Mohd Noor, Laskar Kanan (M) Mohd Najmi bin Abdul Majid, Laskar Kanan (M) Ahmad Effindi bin Din, Laskar Kanan (M) Wan Mustafa bin Wan Seman, Laskar Kelas I (M) Ahmad Faizul bin Roslan, Laskar Kelas I (M) Ahmad Helmiruddin bin Mustafa, dan akhir sekali Laskar Kelas I (M) Mohd Mursyidul Hafiz bin Asmail

YBhg PMW mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menerima APC untuk tahun 2016. Beliau berharap agar kesemua anggota yang menerima APC ataupun tidak sentiasa menjaga imej dan tingkatkan prestasi bagi meneruskan kecemerlangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

IMG 8622
IMG 8635
IMG 8570

Sumber :

Staf Perhubungan Awam WILUTA