WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 10 Ogos – Modul Asas Ikhtiar Hidup Pelatih Asas LK II Maritim Siri 14/2017 telah dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 8 Ogos 2017 dan berakhir hari ini. Modul ini dirancang bertujuan  menguji daya ketahanan fizikal, mental, daya usaha, sikap bertoleransi, bertolak ansur dan disiplin pelatih di samping untuk memantapkan semangat juang dan keyakinan diri serta menguatkan lagi semangat esprit de corps dikalangan mereka.

Modul yang dilaksanakan di Kem Perkhemahan Sungai Lembing, Kuantan dengan kerjasama Leafad Venture ini melibatkan seramai 147 orang pelatih LK II (M) Siri 14/2016 dan 8 orang jurulatih AMSAS.

Para pelatih telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan kemahiran ikhtiar hidup termasuk pengenalan kepada tumbuhan hutan, teknik penyamaran dari binatang buas, penyediaan makanan dan tempat berlindung.

Majlis penutup modul dan upacara penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Komandan Latihan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass. Turut dipersembahkan semasa majlis penutup adalah ‘Maritime Cry’ oleh pelatih LK II (M) Siri 14/2016 sebagai pembakar semangat semua peserta.

 DSC0188  DSC0392
WhatsApp Image 2017-08-11 at 9.04.36 PM WhatsApp Image 2017-08-11 at 5.18.35 PM

 Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS