WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Tinggi, 13 Ogos Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia DM7 Tanjung Sedili (Maritim Malaysia) telah mengadakan Program Sahabat Maritim bagi mendekati Komuniti Nelayan Kampung Sedili Kechil dari 10hb hingga 12hb Ogos 2017 lalu.


Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Maritim Wilayah Selatan, YBhg Laksamana  Pertama Maritim Dato’ Hj Adon Bin Hj Shalan dengan diiringi Pengarah Maritim Daerah DM7, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud bersama Ketua Kampung Sedili Kechil, Tuan Hj Taib Bin Hj A.Kassim.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan berkonsep amal telah diadakan sepanjang program itu berlangsung iaitu gotong royong membersihkan jeti awam, tanah perkuburan, Masjid Jamek Sedili Kechil, membersihkan kawasan balai raya dan mengecat pagar Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil bersama penduduk setempat.

DM7 Tanjung Sedili juga telah memberikan sijil penghargaan khas kepada 5 orang penerima dari komuniti setempat yang sebelum ini telah banyak membantu dan memberi kerjasama kepada Maritim Malaysia khususnya DM7 dalam melaksanakan tugas mencari dan menyelamat.

Seramai lebih kurang 450 orang tetamu dari sekitar perkampungan nelayan Sedili Kechil termasuk yang tinggal berdekatan telah hadir untuk memeriahkan Program Sahabat Maritim yang diadakan selama 3 hari berturut-turut itu.

Diantara program yang diadakan ialah Taklimat Kesedaran Keselamatan Dilaut (Preventive SAR), Program Derma Darah oleh Kementerian Kesihatan Kota Tinggi, Pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia dan pameran statik helikopter dari Cawangan Operasi Udara Maritim Malaysia. Selain itu sukaneka bagi kanak-kanak dan dewasa turut diadakan dan pelbagai hadiah diberikan bagi memeriahkan majlis.

pic 1pic 2  
   

 

pic 3pic 4  
   

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM7