WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 10 OGOS - Seramai 16 pegawai delegasi Thailand Maritime Enforcement Coordinating Centre yang diketuai oleh Laksamana Muda Cherngchai Chomcherngpat selaku Pengarah Bahagian Hal Ehwal Keselamatan Maritim, Naval Operations Department, Thailand Maritime Enforcement Coordinating Centre (Thai-MECC) telah membuat lawatan rasmi keatas YBhg Laksamana Pertama Maritim Dato’ Hj Mamu bin Said Alee, Pengarah Maritim Wilayah Timur hari ini.

Dalam lawatan rasmi ke Pejabat Maritim Wilayah Timur  satu taklimat berkaitan peranan agensi dalam menguatkuasakan undang-undang perikanan berkaitan Illegal, Unreported, and Unregulated – (IUU) di perairan Malaysia telah disampaikan oleh Komander Maritim Razali bin Kassim.

1 2

Sumber: Unit Perhubungan Awam WILTIM