WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 3 Ogos - Selaras dengan Arahan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Bilangan 3 Tahun 2009 pada aspek 3K : Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan, Maritim Malaysia Wilayah Utara dan Daerah Maritim 1 Langkawi telah menganjurkan sesi pemeriksaan kesihatan dengan bantuan pegawai perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi di bilik mesyuarat Maritim Malaysia Wilayah Utara.

Seramai tujuh wakil iaitu dua pegawai perubatan, tiga orang pembantu perubatan dan dua orang pembantu perawatan kesihatan telah hadir ke pejabat Maritim Malaysia Wilayah Utara untuk membantu melaksanakan pemeriksaan kesihatan pada aspek Indeks Jisim Badan (BMI) kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia Langkawi skim T/ X seramai 150 orang.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar dan Timbalan Pengarah (Pengurusan), Encik Jegan A/L R. Subramaniam dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada wakil Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.

IMG 8341IMG 8339

Sumber:

Pegawai Komunikasi Korporat Wilayah Utara