WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 2 OGOS – Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya yang diadakan di perkarangan pejabat pada hari jumaat yang lalu.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Maritim Daerah 15, Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz.

Majlis di hadiri oleh Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Zubil bin Mat Som, YB Senator Wilfred Yong Chen Leong,Timbalan Pengarah Pengurusan Daerah Encik Donald Gomez, Pegawai-Pegawai Memerintah kapal dan ketua-ketua bot.

Tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah enak hari raya yang disediakan di gerai-gerai yang mewakili setiap seksyen di DM15.

Selain menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh PMD dan isteri serta anggota DM15.

Majlis di akhiri dengan pemberian duit raya oleh PMD dan isteri kepada semua kanak-kanak yang hadir.

 

IMG 0326 IMG 0370

Sumber :

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 15