WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 17 Julai – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) hari ini menerima lawatan kerja delegasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang diketuai oleh pengerusinya sendiri iaitu Yang Arif Datuk Yaacob bin Hj Md Sam bersama 10 lagi pegawai kanannya di sini, pagi tadi.

Delegasi ini telah disambut sendiri oleh YBhg. Laksama Pertama Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad, Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS.

Lawatan ini bertujuan untuk membantu Suruhanjaya Integriti memahami dengan lebih mendalam akan tugas-tugas serta peranan Maritim Malaysia amnya dan AMSAS khususnya.

Lawatan dimulai dengan sesi menandatangani buku pelawat, diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Latihan Asas AMSAS, Komander Maritim Yousry bin Yaali,  diikuti dengan sesi bergambar dan diakhiri dengan lawatan ke MYMCC dan persekitaran AMSAS bagi meninjau kemudahan-kemudahan dan infrastruktur latihan yang disediakan di AMSAS.

Turut sama hadir menyertai lawatan ini adalah En. Abdul Halim bin Jaafar, wakil dari Jabatan Perikanan Negeri Pahang dan juga Kepten Maritim Koo Teng Chuan dari WILTIM.

DSC 2076 DSC 2103
DSC 2121 DSC 2156

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS