WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Tinggi, 25 Jul -  Daerah Maritim 7 Tg. Sedili telah mengadakan taklimat keselamatan di laut (Preventive SAR) dan pendedahan kerjaya sebagai anggota Maritim Malaysia hari ini.

 

Seramai lebih kurang 20 orang pelajar dan guru Sekolah Maahad Tahfiz Al- Iman telah menghadiri program tersebut yang diadakan di bilik mesyuarat DM 7. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Operasi DM7 iaitu Leftenan Maritim Khairol Azwan Bin Kassim. Para pelajar didedahkan tentang keselamatan di laut dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan di laut.

 

Di samping itu juga, para pelajar diberi taklimat ringkas berkaitan kerjaya sebagai anggota Maritim Malaysia bertujuan menarik minat generasi muda menyertai unit beruniform. Di akhir taklimat, para pelajar dan guru dibawa melawat sekitar pejabat, jeti dan bot DM7.

 

20170725 102427 20170725 102734

 

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM 7