WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

MERSING, 23 Julai Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2017 telah diadakan di pejabat Pangkalan Maritim Mersing. Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini disambut dengan penuh meriah

Majlis telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Maritim Pangkalan Mersing Leftenan Komander Maritim Hilmi Bin Abdullah. Selain anggota Pangkalan, turut meriahkan suasana dengan kehadiran keluarga-keluarga anggota Pangkalan Maritim Mersing.

Tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah enak hari raya yang disediakan. Selain menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu raya oleh anggota Pangkalan dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak. Majlis di akhiri dengan sesi bergambar bersama anggota pangkalan dan keluarga sebagai kenang-kenangan.

IMG 2295 IMG 2291
IMG 2352 IMG 2358

Sumber:

Staf Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Mersing