WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT, 23 Julai - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Maritim Tambisan (KM TAMBISAN) telah diadakan di Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat,semalam.

Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru , Kepten Maritim Syed Nor Adli Bin Syed Ab Rahman dan Timbalan Pengarah Operasi Daerah, Komander Maritim Iskandar Bin Haji Ishak serta Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat , Leftanan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Bin Abdullah.

Majlis dimulakan oleh Pengerusi Majlis dengan mengalu-alukan jemputan, kemudian ucapan daripada Mantan Pegawai Mamerintah dan Pengarah Maritim Daerah. Seterusnya acara menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah diantara Leftenan Komander Maritim Abd Hafis Bin Hussin dan Leftenan Maritim Amree Bin Hashim yang disaksikan oleh Pengarah Maritim Daerah. Sebagai tanda simbolik, satu upacara menyemat lencana Pegawai Memerintah telah dilaksanakan oleh Pengarah Maritim Daerah 6 Johor Bahru.

Pengarah Maritim Daerah dalam ucapannya turut memberi kata-kata semangat kepada mereka agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik agar dapat memastikan pengoperasian di sektor perairan masing-masing agar berada di tahap yang lebih cekap dan sentiasa amanah.

Warga Pangkalan Maritim Batu Pahat turut mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada kedua-dua pegawai di dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

IMG 2058   IMG 2089

Sumber / Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam

Pangkalan Maritim Batu Pahat