WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 13 Julai – Selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya AMSAS bagi tahun 2017 yang dilaksanakan pagi tadi. Majlis yang diadakan setiap tahun ini disambut dengan meriah seperti lazimnya.

Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Laksamana Pertama Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad, Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS. Majlis bukan sahaja dihadiri oleh warga AMSAS malahan para pelatih dan juga peserta-peserta kursus yang sedang menjalani kursus di AMSAS dan warga MYMCC.

Tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah enak hari raya yang disediakan di gerai-gerai yang mewakili setiap seksyen di AMSAS. Selain menjamu selera, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh staf dan juga pelatih AMSAS. Pertandingan gerai tercantik dan pakaian raya terbaik turut diadakan bagi menggamatkan suasana majlis.

Turut diraikan di dalam majlis yang sama adalah Bintara Kanan Maritim Mohd Rudin bin Arshad yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 21 Julai 2017.

DSC 1379 DSC 1609
DSC 1654  DSC 1688

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS