WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Tawau, 18 Julai - Daerah Maritim 18 Tawau telah mengadakan satu Majlis Serah Terima tugas Pengarah Maritim Pangkalan Maritim Semporna, Wilayah Maritim Sabah dan Labuan (WILSAB), hari ini.

Majlis turut disaksikan oleh Pengarah Maritim Daerah PMD, Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa, Timbalan Pengarah (Pengurusan), PM Semporna, Puan Nurhanna binti Hakim, Timbalan Pengarah (Operasi), Leftenan Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari dan semua Pegawai Memerintah KapalDM18 Tawau serta Pegawai- pegawai Pangkalan yang berada di bawah naungan DM18 Tawau.

Acara menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Pangkalan yang disaksikan oleh PMD sendiri di antara mantan PMP, PM Semporna Leftenan Komander Maritim Kama Azri bin Kamil dan Leftenan Komander Maritim Amiludin bin Yengah PMP, PM Semporna yang baharu seterusnya akan menerajui PM Semporna selepas ini.

Majlis telah diakhiri dengan acara penyampaian cendera kenangan kepada mantan PMP yang telah disempurnakan oleh TP(P), PM Semporna. Warga DM18 Tawau dan PM Semporna mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Leftenan Komander Maritim Amiludin bin Yengah.

PMP 1 PMP 2

Sumber / Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam

Daerah Maritim 18 Tawau