WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Johor Bahru, 17 Julai – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke-12 yang lalu, satu pertandingan kuiz di Laman Sosial Facebook Rasmi Maritim Malaysia telah dilancarkan.

Diatas kejayaan adik Muhammad Adib Afham Bin Yac’cob, berusia 23 tahun  dari Masai, Johor yang berjaya menjawab soalan dan meraih kemenangan.  Sebagai ganjaran kemenangan tersebut beliau telah mengikuti pelayaran 1hari bersama Kapal Maritim Daerah 6 Johor Bahru (DM 6) pada hari ini iaitu KM SATRIA di sekitar Perairan Tanjung Piai bagi merasai pengalaman sebagai pelaut dan Penguat Kuasa Maritim. Pelayaran ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Operasi Daerah 6 Johor Bahru iaitu Komander Maritim Iskandar Bin Haji Ishak.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi orang awam tentang cabaran yang dihadapi oleh Maritim Malaysia ketika melaksanakan operasi di laut dan program pertandingan kuiz seperti ini patut dikekalkan supaya memberikan galakan dan impak yang positif orang awam kepada Maritim Malaysia selain mengekalkan jalinan ukhwah silaturahim.

kuiz C  
kuiz A

Sumber : Staff Unit Perhubungan Awam DM6 Johor Bahru