WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 14 JULAI – Perhimpunan Bulanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 15 (DM15) Kota Kinabalu disusuli penyampaian sijil dan piala pusingan serta majlis serah terima tugas telah diadakan diperkarangan pejabat DM15, pagi tadi.

Dalam perhimpunan ini, Pengarah Maritim Daerah Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz telah menyampaikan beberapa amanat khususnya untuk warga DM15 agar meningkatkan mutu kerja dan mematuhi peraturan- peraturan yang sedia ada sebagai seorang penguatkuasa Maritim Malaysia serta mengingatkan kepada semua warga DM15 agar tidak melibatkan diri daripada gejala rasuah.

Perhimpunan kali ini turut diisi dengan upacara pemakaian pangkat yang melibatkan pegawai lain-lain pangkat Laskar Kanan Maritim Azrin bin Abdul Aziz dinaikkan pangkat ke Bintara Muda Maritim dan Leftenan Maritim Faiz bin Hamzah ke Leftenan Komander Maritim.

Selain itu, penyampaian sijil dan piala pusingan kepada kapal dan bot terbaik bagi penggal pertama yang dimenangi oleh KM Banggi dan bot Penyelamat 10 yang disempurnakan oleh PMD.

Setelah perhimpunan bulanan selesai, satu majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah Operasi Daerah Kota Kinabalu daripada Komander Maritim Aidil Adzhar bin Saleh kepada Komander Maritim Mohammad Nasir bin Man telah dilaksanakan sambil disaksikan oleh PMD.

IMG 0183 IMG 0197
IMG 0199 IMG 0227

 Sumber/Foto : Staf Perhubungan Awam DM15