WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Tinggi, 10 Julai - Maritim Malaysia DM 7 menerima kunjungan guru dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili untuk aktiviti marhaban. Seramai 10 orang guru dan 20 orang pelajar yang terlibat.

Kunjungan ini diketuai oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tuan Yazid bin Zakaria. Turut dihadiri ketika aktiviti ini Pengarah Maritim Daerah Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud.

Amran berkata, aktiviti marhaban ini sedikit sebanyak mengukuhkan silaturrahim sesama komuniti serta membuka minda pelajar-pelajar berkenaan Maritim Malaysia. Harapan Pengarah Maritim Daerah agar aktiviti seperti ini akan terus berterusan dalam menjaga keharmonian sesama komuniti masyarakat setempat.

IMG 20170709 111034 IMG 20170709 112443-1

Sumber : Staf Perhubungan Awam DM 7