WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 22 Jun – Majlis Penyerahan Bingkisan Raya kepada anggota Daerah Maritim 18 (DM18), Tawau yang bertugas pada raya Aidilfitri telah diadakan di jeti Kastam Diraja Malaysia, Tawau pagi tadi.

Penyerahan bingkisan telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim DM18, Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa. Sebanyak 7 kotak Bingkisan Raya telah diagihkan kepada anggota pejabat, bot dan kapal yang bertugas raya tahun 2017.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Pengurusan, Encik Boney Joumil dan Timbalan Pengarah Operasi, Leftenan Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari.

bingkisan1 1 bingkisan2

Sumber / Foto : 

Staf Unit Perhubungan Awam

Daerah Maritim 18 Tawau