WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

UANTAN, 21 Jun – Semalam telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa AMSAS bersama anak-anak yatim dari 3 buah sekolah angkat AMSAS.

Turut sama hadir menyerikan lagi majlis adalah YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia.

Majlis telah dimulai dengan bacaan Khatam Al-Quran oleh pelatih kursus asas dan staf AMSAS diikuti dengan Solat Maghrib, makan malam, Solat Isya’ serta Solat Terawikh berjemaah.

Seramai 35 orang anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Sekolah Kebangsaan Sri Baging dan Sekolah Menengah Sri Baging telah diraikan pada malam tersebut. Selain dijamu dengan juadah enak, mereka turut diberikan sumbangan hari raya bagi membantu dan menceriakan lagi suasana Syawal mereka tahun ini.

 

DSC 0589 DSC 0825
   

Sumber:Unit Perhubungan Awam AMSAS