WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 20 Jun – Semalam telah berlangsungnya Perbarisan Suku Tahun Kedua Pengarah Pendidikan dan Latihan, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) bagi tahun 2017.

Perbarisan yang diketuai oleh Leftenan Komander (M) Mohd Zul Fahmi bin Mohamad ini melibatkan 11 platun yang terdiri dari platun pelatih kursus asas Leftenan Muda (M) Siri 9/2017, Bintara Muda (M) Siri 1/2017 dan LK II (M) Siri 14/2016, termasuk pegawai dan staf AMSAS.

Selain memenuhi aktiviti tahunan AMSAS, perbarisan ini turut menjadi medium bagi upaca penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang AMSAS bagi bulan April dan Mei 2017 yang mana diterima oleh Leftenan Komander (M) Norhidayah binti Muhammad Nor, Ketua Unit Pengajian Undang-Undang AMSAS dan Puan Siti Mazidah binti Miftahhudin, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) AMSAS.

Turut berlangsung semalam dalam majlis berlainan adalah Majlis Pemakaian Pangkat AMSAS dan majlis perpisahan bagi meraikan anggota yang bakal bertukar keluar.

Pegawai dan anggota yang telah dinaikkan pangkat adalah Leftenan Komander (M) Kamil bin Md Jiai, PW II (M) Mazlan bin Mohd Sani, PW II (M) Hanapi bin Khamis, BM (M) Ahmad Zamri bin Md Rejab dan BM (M) Najid bin Abdul Halim. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dinaikkan pangkat. 

   
DSC 0486 DSC 0495

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS