WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 19 Jun – Sempena meraikan dan mengimarahkan lagi kedatangan Ramadan tahun ini, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) melalui Masjid Al-Mustaghfirin, AMSAS buat julung kalinya telah menganjurkan Program Gotong Royong dan Pengagihan Bubur Lambuk pada 17 Jun yang lalu.

Persediaan program yang bermula seawal jam 8 pagi ini melibatkan tenaga kerja pelatih kursus asas Leftenan Muda (M) Siri 9/2017, Bintara Muda (M) Siri 1/2017 dan LK II (M) Siri 14/2016.

Sebanyak 500 bekas bubur lambuk dan bubur kacang hijau telah disediakan untuk diagihkan kepada orang awam di Padang MPK Kuantan sebagai tanda sokongan AMSAS kepada Program Ihya’ Ramadhan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Turut menerima agihan bubur lambuk adalah Masjid Kg. Sungai Ular, dan surau-surau berhampiran AMSAS.

DSC 0229DSC 0038  

 Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS