WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 16 Jun – Bagi meneruskan jalinan hubungan baik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan Australian Border Force (ABF),  satu lagi siri kursus UNCLOS telah dianjurkan di AMSAS mulai 13 Jun 2017 dan berakhir hari ini.

Kursus yang melibatkan pensyarah dari Australian National Centre for Ocean Resources and Security, University of Wollongong ini bertujuan memfokuskan kepada kerjasama serta usaha serantau dalam menangani ancaman jenayah merentasi sempadan, selain mengeratkan kerjasama antara kedua buah negara, Malaysia dan Australia. Turut sama dijemput sebagai tenaga pengajar adalah pensyarah daripada Institut Maritim Malaysia (MIMA).

Kursus yang dibiayai oleh Kerajaan Australia dengan kerjasama AMSAS ini  melibatkan sesi ceramah, pembentangan berkumpulan dan perbincangan yang lebih memfokuskan kepada aspek undang-undang laut di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Penganjuran kursus ini adalah sejajar dengan hasrat AMSAS menjadi sebuah Training Institute (TI) di bawah Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) dan sebagai sebuah Institut Latihan Awam (ILA) yang menjadi peneraju dalam bidang Penguatkuasaan Maritim dan Search and Rescue (SAR)  di rantau ini.

Seramai 23 orang peserta hadir dalam kursus ini. Lima belas pegawai Penguat Kuasa Maritim Malaysia berpangkat Leftenan Komander hingga Kepten Maritim, 3 orang pegawai TLDM, 3 orang pegawai Pasukan Polis Marin dan 2 pegawai dari Jabatan Perikanan.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Laksamana Pertama Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad, Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS.

DSC 9824 DSC 9837
   

Sumber: 

Unit Perhubungan Awam AMSAS