PUTRAJAYA, 15 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Kursus Mendepani Media Ketika Krisis yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya semalam.
 
Seramai lebih 30 orang pegawai dan anggota serta pegawai gunasama telah menghadirin kursus tersebut yang disampaikan oleh dua penceramah jemputan iaitu Tuan Hj Idzham Hadi Sidik, Ketua Bahagian Rancangan Radio Televisyen Melaka dan Sesi kedua YS PKPJB Tuan Khirudin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Lumpur.
 
Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan bagaimana cara mendepani media ketika krisis berlaku terutama ketika melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat di laut dan praktis terbaik dalam fokus dan sasaran kepada Pengarah Maritim Wilayah, Timbalan Pengarah Operasi Wilayah, Pengarah Maritim Daerah dan Timbalan Pengarah Operasi Daerah serta Pegawai Perhubungan Awam Maritim yang mana mereka merupakan individu yang berperanan sebagai jurucakap rasmi kepada agensi.
 
Kursus ini dirasmikan dan dihadiri oleh YBhg Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Taha bin Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi.
 
IMG 4343 IMG 4394

Sumber :

Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat