WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SEREMBAN, 13 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 5, Kuala Linggi telah menerima sumbangan kuih raya dan Cek bernilai RM10 000 oleh Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI) bertempat di Dewan PEKERTI, Seremban pada 9 Jun lalu.

Yang Di-Pertua PEKERTI, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, berharap dengan adanya sumbangan ini diharapkan dapat menceriakan anggota pasukan keselamatan dan pelbagai agensi kerajaan lain yang sanggup berkorban demi kesejehteraan rakyat dan negara.

Seterusnya, sumbangan telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada wakil Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

Majlis tersebut juga turut menyaksikan penyampaian sumbangan kuih dan duit raya kepada 30 orang anak yatim serta 62 orang ibu tunggal.

pekerti 4 PEKERTI 2
   

Sumber:

Laskar Kelas I Maritim Siti Nur Naiemah bt Abdul Shukur

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 (DM5)