WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 13 JunSurau Al-Khamsah, Daerah Maritim 5 (DM5), Kuala Linggi telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran dan Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk bertempat di perkarangan tapak perhimpunan DM5 Kuala Linggi.  

 

Program disertai hampir 80 orang termasuk pegawai dan anggota DM5 Kuala Linggi bermula jam 7.30 pagi yang turut dihadiri oleh Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus.

Objektif utama program adalah bukan sahaja menghasilkan masakan tradisi Ramadan iaitu bubur lambuk secara berjemaah tetapi turut mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama kakitangan DM5 dan agensi luar pada masa yang sama.

Sekitar jam 2 petang, DM5 telah melaksanakan gerakan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan pengagihan bubur lambuk kepada pegawai dan anggota DM5, agensi-agensi berdekatan seperti MARDI, PDRM, PPM dan AADK seterusnya kepada orang awam. Program pada hari tersebut berakhir sekitar jam 4.30 petang.

lambuk 2 lambuk
   
   

Sumber:

Laskar Kelas I Maritim Siti ur Naiemah bt Abdul Shukur

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 (DM5)