WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

UANTAN, 31 Mei – Seramai 20 orang Pegawai Penguat Kuasa berpangkat Leftenan Muda hingga Leftenan Maritim berjaya menamatkan Kursus Navigasi Pertengahan (KNaP) dan Kursus Pegawai Bertugas Anjungan (KPBA) yang dianjurkan AMSAS bermula pada 25 April hingga 19 Mei 2017.

Semua peserta terdahulu mengikuti KNaP sebelum menghadiri KPBA. Kursus seminggu yang julung kali dianjurkan oleh AMSAS ini merupakan pra syarat bagi penyediaan peserta sebelum menghadiri KPBA dan sebagai platform ulangkaji modul navigasi yang memberi fokus terhadap kerja carta serta tugas dan tanggungjawab sebagai PBA.

KPBA pula bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai-pegawai muda tentang tugas dan tanggungjawab sebagai PBA di samping memberi penekanan mengenai aspek keselamatan semasa mengendalikan kapal di laut sama ada dalam keadaan biasa mahupun semasa kecemasan.

Fasa Teori telah diadakan di AMSAS, manakala Fasa Praktikal telah dilaksanakan di Penyelaku Anjungan-WASPADA, KD PELANDOK, Pangkalan TLDM, Lumut bagi latihan simulasi navigasi.

Majlis Penutup Kursus ini telah diadakan di WISMA SURIA, Pangkalan TLDM Lumut dan telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass, Komandan Latihan Maritim AMSAS.

KPBA2   KPBA C
 LUMUT 2  LUMUT 1

Sumber:Unit Perhubungan Awam AMSAS