WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 31 Mei – Unit Pengajian Undang-undang AMSAS sekali lagi telah berjaya menganjurkan Kursus Undang-undang Rendah dan kali ini adalah bagi pengambilan Laskar Kelas II Maritim Siri 6/2009.

Kursus selama 2 minggu yang bermula dari 15 hingga 26 Mei lalu bertujuan memberi pendedahan kepada semua Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim Malaysia terhadap keperluan memahami undang-undang dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan di Zon Maritim Malaysia di samping berkebolehan dalam melaksanakan tugas serta bertindak selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa.

Melalui kursus ini, kesemua peserta dimestikan menduduki Peperiksaan Undang-Undang Rendah dan dikehendaki lulus kesemua bahagian yang telah ditetapkan bagi urusan kenaikan pangkat iaitu Perintah Tetap Ketua Pengarah, Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah dan Undang-undang Am.

Majlis penutup kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Komandan Akademi AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Mohd Amir bin Hj Hamzah.

 

UUR1 UUR 2
UUR 3 UUR 4

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS