WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 30 MEI – Ketua Polis Pahang, Komisiner Dato’ Rosli bin Ab Rahman telah mengadakan kunjungan hormat  ke Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Wilayah Maritim Timur (WILTIM) hari ini.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Dato’ Haji Mamu bin Said Alee.

Dalam pertemuan ini pelbagai perkara turut dibincangkan berkaitan tugas dan tanggungjawab masing-masing disamping mengukuhkan hubungan antara agensi dalam melaksanakan tugas.

Hubungan kerja ini diharap dapat meningkatkan lagi komunikasi dua hala antara agensi dan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak.

1 2

Sumber :

Unit Perhubungan Awam WILTIM