WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 16 Mei – Semalam, telah berlangsung sesi pendaftaran pelatih baru bagi Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017 dan Bintara Muda Maritim Siri 1/2017 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Seramai 53 orang pelatih Leftenan Muda Maritim Siri 9/2017 dan 21 orang pelatih Bintara Muda Maritim Siri 1/2017 telah hadir untuk mendaftar.

Majlis Penyerahan Pelatih bagi kedua-dua pengambilan dari Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat kepada AMSAS telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad.

YBhg. Dato’ TKP(P) turut meluangkan masa memberi taklimat ringkas dan amanat kepada para pelatih untuk dijadikan panduan sepanjang menjalani kursus di AMSAS.

Kesemua pelatih akan menjalani latihan selama 13 bulan, iaitu sembilan (9) bulan di AMSAS dan seterusnya empat (4) bulan Latihan Sambil Kerja (LSK) di kapal dan bot APMM seluruh negara. Tahun ini juga adalah merupakan tahun pertama bagi pegambilan pelatih Bintara Muda Maritim.

Di AMSAS, pelatih akan menjalani program yang menekankan dimensi pengetahuan, pembangunan latihan kemahiran dan sikap yang akan membantu melahirkan pelaksana tugas yang kompeten sesuai dengan visi dan misi agensi.

PENDAFTARAN LT MUDA DAN BM MUDA 1 PENDAFTARAN LT MUDA DAN BM MUDA 2
PENDAFTARAN LT MUDA DAN BM MUDA 3 PENDAFTARAN LT MUDA DAN BM MUDA 4