WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SEKINCHAN14 Mei,  - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) DM 4 Selangor  telah mengadakan Program Sahabat Maritim  di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.

Program ini dirasmikan oleh  Pengarah Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim YBhg Laksamana Pertama Maritim Haji Abdul Razak Bin Lebai Omar dan diiringi Pengarah Maritim Daerah Maritim 4 Selangor,Kepten Maritim Mohd Rosli Bin Abdullah, dan Ahli Parlimen Sungai Besar YB Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi serta  bersama Ketua-ketua Persatuan Nelayan .

Pengarah Maritim Daerah Maritim 4 Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Bin Abdullah berkata Program Sahabat Maritim ini adalah satu program yang berbentuk khidmat komuniti, di kalangan komuniti maritim. Pihak kami juga mengharapkan program ini akan menjadi satu landasan bagi Maritim Malaysia (Malaysian Coast Guard) untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim yang mana secara tidak langsung dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik antara semua pihak. Ia juga merupakan program tahunan yang perlu dirancang dan dilaksanakan secara berterusan di Wilayah-Wilayah dan Daerah-Daerah Maritim.

Tambahnya, pelbagai program telah disusun bagi memeriahkan lagi Program Sahabat Maritim seperti gotong-rotong bersama guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah . Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sukan rakyat, taklimat kesedaran keselamatan di laut dan juga sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan asnaf yang disampaikan sendiri oleh YB Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi. Selain itu, penglibatan dari dari agensi kerajaan dan swasta dan juga aktiviti-aktiviti sukan rakyat. Ianya dapat mewujudkan Mewujudkan hubungan yang akrab dan semangat kerjasama di kalangan anggota APMM bersama anggota dari Jabatan Kerajaan dan juga NGO seperti Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Pejabat Kesihatan Sabak Bernam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Perbandaran Sabak Bernam(MPSB).

Maritim Malaysia sentiasa terbuka dalam menerima sebarang aduan awam terhadap aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang maritim. Maritim Malaysia akan terus melaksanakan tugas bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat. Maritim Malaysia akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan agi membanteras aktiviti yang menyalahi undang - undang di laut. 

IMG 0224  IMG 0038 

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM4 Selangor