WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SUBANG,19 APRIL - Seramai 20 orang telah terlibat dalam kolaborasi latihan di antara Maritim Malaysia bersama Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), 10 orang daripada Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia dan 10 orang daripada Pasukan Khas Pertahanan Awam APM.

Latihan bersama ini telah diadakan selama tiga hari bermula pada 17 hingga 19 April 2017, tujuan utama latihan bersama ini adalah untuk mempereratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua agensi ini, di samping meneroka peluang-peluang yang dapat dijayakan bersama dan mengurangkan kos latihan kedua-dua belah pihak.

Latihan bersama ini berbentuk teknik meyelamat dan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan pesawat bagi kawasan yang kritikal seperti mangsa terperangkap, terputus hubungan daripada mendapatkan sumber makanan mahupun perubatan. Dimana pelatih diajar bagaimana teknik Abseiling dan fast Roping, yang mana teknik memberi bantuan menyelamat turun daripada pesawat helikopter kepada mangsa.

Latihan amali turun daripada menara telah diadakan di Pusat latihan Pertahanan Awam (ALPHA) pada 17 dan 18 April 2017, bagi memastikan teknik sebenar dapat di pelajari serta dipraktikan sebelum turun dari pesawat yang sebenarnya. Manakala pada hari ini semua pelatih akan turun daripada helikopter Maritim Malaysia bagi memastikan segala pembelajaran dapat diaplikasi kan dalam kedaan yang sebenar.

Kolaborasi latihan ini akan dapat memberi satu anjakan pradigma kepada semua pelatih dengan berkongsi pengalaman masing-masing, dalam satu matlamat untuk memastikan semua mangsa yang terlibat akan dapat diselamatkan dengan sempurna tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini.

   COU 1

  

COU 5
COU 4 COU 3
COU 2      COU 6

Foto Ihsan : BM (M) Abdul Razak bin Ibrahim