WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 13 April - Seramai 18 orang pegawai dan anggota Daerah Maritim 1, Langkawi (DM1) telah mengadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak diantara Coast Guard FC menentang Langkawi Veteran FC semalam.

Objektif perlawanan ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan antara agensi dengan masyarakat setempat di samping dapat menjalinkan ikatan silaturahim serta kesefahaman antara pemain.

Pasukan Coast Guard FC yang diketuai oleh Leftenan (M) Zaid bin Abu Bakar, memulakan perlawanan dengan baik sekali apabila mendahului pasukan lawan dengan jaringan gol 3-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan LK I (M) Mohammad Zuhairi bin Md Dan, 1 gol dan LK II (M) Mohamad Azizul bin Razali, 2 gol.

Pada separuh masa kedua pula, pasukan lawan mula mendapat rentak dan berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya mendahului jaringan gol 4-3. Walaupun demikian, Coast Guard FC berjaya menyamakan semula kedudukan hasil jaringan tercantik oleh LK I (M) Mohammad Zuhairi.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 4-4. Kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan keputusan perlawanan serta mutu permainan yang di tunjukkan oleh setiap pemain. Tahniah di ucapkan untuk kedua-dua belah pasukan.

 

Coast Guard Fc

 

Disediakan oleh: LK I (M) Alif Aiman bin Mohd Jeffry

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 1