WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 6 April - Seramai 9 delegasi yang diketuai oleh YBrs Laksamana Pertama TNI Rahmat Eko Raharjo, (Direktur Operasi Laut) selaku Ketua Delegasi Tim Perancang Operasi Maritim Indonesia telah membuat kunjungan hormat keatas YBhg Laksamana Maritim Dato’ Sri Ahmad Puzi bin Ab Kahar, Ketua Pengarah APMM bertempat di Pejabat Menteri, Ibu pejabat APMM, Putrajaya disini semalam.

Kunjungan ini merupakan kali pertama diadakan sempena Mesyuarat Tim Perancang Operasi Maritim ke 26/2017 bermula 5 Mac sehingga 6 Mac bertempat di Bilik Mesyuarat Marlin, Tingkat 11, Ibu Pejabat APMM yang di Pengerusikan oleh YBrs Laksamana Pertama Maritim Abd Razak bin Lebai Omar, Pengarah Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim (PPPM).

Mesyuarat ini membincangkan mengenai isu-isu berkaitan dengan kepentingan bersama khususnya dalam hal berkaitan keselamatan maritim serta menjalinkan perhubungan antara Agensi Penguatkuasa Maritim dari kedua-dua Negara serta membantu menyelesaikan masalah bersama dalam masa yang singkat demi keamanan perairan di Selat Melaka.

Antara Agensi Penguatkuasaan Maritim yang hadir adalah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Markas Pertahanan Operasi Udara Kementah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut, Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK).

 

     

TPOM POSTER
        TPOM 2       TPOM 3  
TPOM 6

 

TPOM 5

       

Sumber/Foto : Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim (PPPM)